Sunday, June 13, 2010

Musim 'spring' ialah musim selepas 'winter'. Spring amat dinantikan oleh mereka yg tinggal di negara bercuaca 'four seasons'. Bumi yg diselaputi salji memutih bersama air yang membeku serta pepohon yang gondol hijaunya, hanya disenangi bila tiba perayaan 'white X'mas'. Selain itu cuaca sejuk sangat membebankan kerana berubahnya tabiat hidup manusia dan budaya sosial harian. Kehadiran musim spring disambut dengan penuh kebahagian bukan sahaja oleh manusia bahkan oleh haiwan dan pepohon yg kembali menghijau. Juga dikenali sebagai musim bunga spring menghias alam dengan warna warni yang penuh emosi cinta dan kasih...

Berbeza pula dengan spring yang saya maksudkan di blog ini. Spring bermaksud satu lingkaran yg bergulung seperti gelang berangkai yang bersambung panjang dari bawah ke atas. Diperbuat dari logam ia bertujuan untuk menerima sebarang tekanan dan mampu kembali pada bentuk asalnya apabila tekanan sudah tiada. Kemampuan menganjal inilah yang menjadikan spring begitu penting sebagai sebahagian dari mekanisme didalam sekecil-kecil mesin, injin dan jentera berat ke tahap kapal angkasa.

Di dalam kehidupan, jatuh bangun telah menjadi asam garam dan merupakan cabaran hidup yang pasti dilalui oleh semua manusia. Kemampuan untuk menerima tekanan dan kembali pada keadaan asal akan membentuk budaya hidup yang lebih bermakna.

Aku mampu menganjal kembali ke bentuk asal , aku juga bisa melenting menentang tekanan dan akulah spring yang sedia menghadapi sebarang tekanan...akulah Mat Spring.